Thursday 17 March 2011

Anda Tahu Makna Sebenar Cinta, Sayang, Minat dan Suka?



Anda ingin tahu perbezaan antara cinta, sayang, minat dan suka?
Hopefully, anda akan nampak apakah perbezaan antara definisi perkataan di atas...


CintaKita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat

Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )



Tetapi kita mesti ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


Kenapa Allah Temukan KIta Dengan Orang Yang Salah??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


CINTA DAN ERTI MELEPASKANYA........

Kadang kala orang yang kita sangat suka, tak suka kita balik. Kita termenung, pandang bulan dan bintang seribu, kenapalah orang tak suka kita?

Pertanyaan dalam hati, selalunya ada pula perbandingan yang hadir.  ???
Kita tanya pula diri kita, (konon-kononya lah...) kita ini berpelajaran, rupa ada, tak lepas laku dan banyak faktor wow juga. Mengapa orang tak sudi?

Sebelum apa-apa pun, perlu diingatkan entri ini buat seorang teman twitter yang mengalami nasib sebegini, bukan aku. Cuma cuba mendalami soal hati. Iya, soal hati.

Ada orang suka makan manis, pedas,masam dan ada suka kelat dan pahit. Itu cita rasa. Cita rasa yang pelbagai kadang kala kita tidak tahu apa kurang dan apa lebih kita. Sebenarnya bila orang tak suka atau tak sudi pada kita, bukan nasib yang malang kita bawa. Tapi sebenarnya kerana dia bukan jodoh atau belum lagi rezeki buat kita.

Bila kita putus cinta, keadaan yang terbaik untuk pulih putus cinta ialah melalui solat dan berjalan didalam hujan.

Berjalan dalam hujan?

Ya, kita akan basah, menangis, lepaskan segala sakit dalam dada, rasa kosong yang melanda dan lepaskan ia. Lepaskan bagai melihat anak yang baru bertatih berjalan tanpa dipimpin tangan, lepaskan ia bagai melihat awan gelap berarak perlahan.

Kita harus belajar untuk melepaskan. Kosong yang hadir dan tangisan dalam hujan itu sebenarnya satu sudut kecil dalam diri kita untuk memandang akan kelebihan diri sendiri.

Daripada terus mendesak bertanyakan diri mengapa malang itu milik kita, kita harus pula meniup semangat pada diri : Bahawa kita sebenarnya yang terbaik, kita yakinkan semangat itu dalam diri kita.

Kita tidak akan rugi apa-apa sekiranya kita ditinggalkan hanya kerana katanya selayaknya kita bukan miliknya. Ingat: Jangan hentakkan kepala pada dinding, jangan merayu agar dia kembali, jangan maki atau kesatkan bahasa, jangan meratap hiba dihadapannya.

Now look and see the flowers grow through wind and rain and sleet and snow but this I know, that you will pass just tell me when, that will you pass 
Walking through the rain, I know you will pass and ease the pain...

Berjalan didalam rimbunan dan hiba perlahan hujan. Pedulikan siapa memandang, mengapa memandang. Kita peluk erat diri kita. Kita lihat abadi akan ketentuan Tuhan pada kita. Lihat matahari, pada sinar yang memancar pada kita. Lihat pelangi, yang Tuhan janji selepas hujan melanda dan lihat tenang akan kehidupan sambil berkata....

Tuhan masih sayang kita...