Saturday 12 March 2011

Kisah 3 Pontianak . . .

                         Semoga hidup anda tidak diselubungi.... misteri.... hehehehe...

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Ngkorang nampak tembok batu tu ?"

" Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...
"Err tadi aku tak nampak".!!!!!

Baju Cinta Nenek

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.

“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .

“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan

“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie… buang tebiat???” marah si atok tadi.

“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.

“BAJU CINTA???…… kalau iye pun, iron la dulu baju tu”